Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Ahad, 30 Jun 2019

COMEBACK PUNYA POST

Assalamualaikum semua ( x tau la semua tu refer ke bape org kan. hehe)

         Arya saja buat comeback punya post, sbb rsanya nk dkt 3 tahun dah x on blog ni. Last time Arya umur 19 and now alhamdulillah dah 22 tahun. Tujuan Arya on balik blog ni pun..... sebab Arya rasa sini adalah antara medium terbaik untuk Arya meluah. Allah memang tempat terbaik untuk kita berdoa, berharap dan bergantung. Tapi kembalinya diri ini kpd blog sbb Arya rasa sini jerlah medium untuk Arya meluah rasa yg arya x mampu nk bagitau family and member. 

       Last time before Arya on blog, arya umur 19 and still lagi kt matrik. Sekarang dah masuk University, dan alhamdulillah tinggal setahun lagi before habis. Bila dah masuk U ni, sungguh dugaan dia mencabar dan kadang-kadang rasa nk give up. Makin mencabar bila course yang Arya ambik adalah Civil Engineer. 

       Start dari sini, Arya akan post lebih banyak tentang hidup di kolej. Ape dugaan yang x diduga, antara best ways to survive bila terjumpa certain person yang x sekufu dengan kita. or maybe the best ways untuk x tersasar dari jalan Allah. In shaa Allah Arya akan share semua tu dalam post-post seterusnya. 



Selasa, 28 Jun 2016

Pink Itu Menawan

Assalamualaikum dan Salam ukhuwah utk semuaa!


Arya nak minta maaf sebab lama sangat dah x update blog 'Pink' Arya. Syukur Alhamdulillah~ Arya dah habis blaja.. sekarang tunggu nak sambung degree jer la.. Buat follower semua, doakan Arya agar Arya dapat sambung degree yer..

Sebenarnya Arya tak tahu nak post apa. Since dah lama sangat Arya x update kesayangan Arya ni, jadi Arya cuma nak share tentang pengalaman belajar Arya. Sungguh dugaan semasa belajar sangat banyak. Jom kita teroka dunia belajar Arya! x banyak pun nak share.. cikit cikit jer :)

First of all, Arya adalah pelajar lepasan matrikulasi Labuan 2015/2016. In shaa Allah kalau ada rezeki boleh la sambung degree kt semenanjung. hehehe..

Sepanjang belajar di matrik Labuan~ banyak pengalaman yg 'daebak' Arya dapat. Arya ni mana pernah duduk asrama, jadi ni adalah pengalaman pertama Arya tinggal di asrama. Best! makin makin dapat kawan sebilik yang sama 'gila'.

Tapi... Allah akan uji hambaNya selagi mana hambaNya mampu. Hidup ni memang indah~ tapi dengan adanya Dugaan hidup kita jadi seribu kali lebih indah. Sepanjang di matrik, memang banyak dugaan. Terutama sem II. Hari -hari tidur 2 jam jer.. kalau Sabtu memang tak tidur lah jawapnya~ minum kopi hanya untuk stay up. Bila dah pagi, pergi padang tenangkan fikiran. Petang pulak riadah dengan kawan main bola tampar kat padang. Dipendekkan cerita~ satu hari Arya g kelas Bio. Actually lab Bio. Time Lab Bio tu la Arya kena tegur dengan Madam bio Arya. Arya nampak pucat x bermaya. Almaklum la~ penangan tidur 2 jam.

"Arya.. kamu kenapa pucat?"
'Saya.... errrr.. stay up'
"kamu minum nescafe?"
'aaa.. yup? hehehe...'
"Arya~ kamu tahukan nescafe byk caffein. Saya nak kamu satu minggu ni jangan minum air bercaffein lagi. dan kalau boleh... minum air kelapa!"

Ha! kan dah kena setempek. hahaha.. okay okay! Arya malas nak cerita panjang-panjang ni.. kalau nak cerita pengalaman belajar~ rasanya dah boleh buat satu novel. Apapun.. sebenarnya Arya just nak cakap..

"Kita ni manusia biasa~ walau sesibuk mana pun kita.. kesihatan serta amal ibadat perlu dijaga. Pandai tapi sakit.. tak menguntungkan. Berjaya tapi tinggal solat.. sangat merugikan. Walau seteruk manapun kita struggle~ ingat badan kita ada hadnya. Kita bukan robot yang mampu buat banyak benda dalam masa yang lama. Arya rehat dua jam, sabtu tak tidur... tapi at the end muka pucat x bermaya. Tapi sayangnya Allah kepada Arya.. Allah turunkan teguran melalui Lecturer Arya. Kalau dia x tegur Arya, maybe Arya dah struggle macam org gila. Sayangnya Allah kepada kita... walaupun dosa kita sebanyak pasir di pantai."



Ini Surau Al-Irfaan Matrikulasi Labuan. Kebetulan time otw Arya ke surau, ada pelangi! SubhanaAllah cantik.... 


Ni lah budak yang kena setempek tadi. hahaha... 

#Sebelum Arya menutup tirai 'Pink' Arya ni... jom la kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara-mara seIslam kita walau dimana mereka berada. 





Rabu, 11 November 2015

Fairytales~

Assalamualaikum w.b.t sahabat² sekalian~
Kaifahalukum? Sihat ke idok? Hari ni Arya malas nak post benda yg panjang lebar.. cukup sekadar sedikit ungkapan buat sahabat² yg pernah bersama Arya..

Aku sebuah memori masa silam,
Kewujudanku hanya satu 'Fairytales',
Saat duka aku dicari,
Saat gembira aku dibiar sepi tanpa berita,

Dengan izin ALLAH yg maha Esa,

Aku membiarkn rsa sepi ini pergi 
Bersama memori lama,
Sedikit demi sedikit.. aku buang kenangan lama dgn dekatnya Allah kpdku..

Buat sahabat Arya.. Arya jujur Arya rasa sedih dengan situasi 'ketidakwujudan' Arya dlm hidup kalian. Jaga nafsu dan amalmu sahabat... ku biarkan blog ini menjadi medan luahan rasa rindu. SubhanaAllah Allahu Akbar~








#doakan perjuangan mujahid dan mujahidah kita di sana. Assalamualaikum dan selamat beramal! :)

Khamis, 12 Mac 2015

Dimana Kenangan Tinggal Kenangan~

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua.

Ini dinamakan post 'comeback' sbb rasanya lama dah tak update kt blog ni. Maaf la~ Arya ada urusan sikit dengan perancangan masa depan. hehehe

Post hari ni tentang sahabat. Arya suka post tentang persahabatan. Dah dekat beberapa bulan arya tak dengar khabar berita bff arya yang sorang nih. Entah apa la cerita dia. Entah kenapa.. hari ni terdetik hati Arya nak buka twitter dia. Air mata yang hampir menitis Arya tahan, sunggu hberat dugaan Allah. Arya dah cuba perbaiki dan akui kesalahan arya, tapi nampaknya semuanya sia-siakan? Sekarang~ Arya cuma blh stalk twitter dyer jer. Terasa Arya hanya mampu tengok dia dari jauh. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Tak sangka gurauan boleh dianggap fitnah.

Mana sanggup Arya nak menyakitkan atau fitnah kawan baik Arya.. orang yang sama-sama ketawa dengan Arya, sama-sama belajar. Sungguh dalam banyak-banyak dugaan, dugaan dalam persahabatan lah paling banyak Allah turunkan khas untuk Arya. Arya redha sbb Arya tahu Allah itu lebih mengetahui.

Buat sahabatku yang dirindui (NZFW,NNZ,RA)
Jaga dirimu,
Jaga hatimu,
Buat NZFW & NNZ, jaga imanmu sahabat
In shaa Allah~ doaku akan sentiasa mengiringi perjuanganmu.

Salam ukhuwah buat ukhti-ukhtiku yang tercintai.

#"Mereka masih menderita, masih sengsara, jumlah kematian semakin meningkat, mungkin kita tidak mampu untuk ke medan pertempuran.. tapi doa kita mampu membantu mereka :)"

ASSALAMUALAIKUM WAHAI PEMBACA SEKALIAN.. 

Ahad, 7 Disember 2014

R.E.S.T.U Seorang Ibu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


Buat ukhti-ukhti dan akhi-akhi sekalian. Ini post ke-2 Arya pada malam ni. Post mengenai "Restu Ibu". Restu seorang wanita yang kita gelar sebagai ibu, umi, mama dan mak. Peringatan Nabi Muhammad S.A.W terhadap umatnya,

"sesungguhnya keredhaan Allah S.W.T terletak pada kerelaan (restu) kedua orang tua dan kemurkaan Allah S.W.T adalah terletak pada kemarahan kedua orang tuanya."

Mengapa pentingnya restu seorang ibu? Mengapa ?! kerana.. keredhaan Allah terletak pada restunya ibu dan ayah. Restu ibu dan bapa amatlah penting terutamanya restu seorang IBU! Walaupun IBU kita bukanlah orang yang berpelajaran tinggi, berharta ataupun berpakaian kemas seperti orang-orang kaya.. itu tidak bermakna kita boleh menindas ibu kita.

Ingat! Betapa sakitnya seorang ibu melahirkan kita di dunia ini. Ada ibu yang dikurniakan peluang melihat anak-anaknya membesar, ada juga ibu yang ditarik nafasnya sebelum sempat dia melihat wajah bayinya. Kasih seorang ibu yang telah bertahun lamanya kita kenali kalah oleh 'boyfriend' dan 'girlfriend' yang baru kita kenali untuk beberapa bulan. 

Sakitnya! Hanya Allah yang tahu. Berjuang demi memastikan anaknya mampu melihat dunia yang sementara ini. Kata-kata mungkin tidak mampu menusuk hati kita yang kebal.. jadi Arya sharekan satu video yang mungkin menyedarkan kita mengenai perjuangan ibu kita.



*Jangan pulak lepas tengok video ni terus terfikir taknak kahwin. Video ini dikongsi untuk memberi kesedaran kepada kita semua betapa sakitnya pengorbanan seorang ibu. 
(Tengok video ni ! jangan fikir geli atau takut!)

Mungkin ada segelintir ibu yang terlalu mengongkong dan ada juga yang suka menyindir. Tapi ingatlah.. semua yang terjadi ada hikmahnya. Jadikan sindiran dan segala yang terjadi sebagai pengajaran. Belajarlah untuk bersabar dan menghargai ibu kita walaupun kita bukanlah seorang anak yang terbaik.

Janganlah diagungkan seorang lelaki/wanita yang baru kita kenali. Bercinta biarlah berpada. 
Jangan terlalu mudah lupa tentang asal usul kita. 

"Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih ayah sepanjang zaman"


*Berdoalah buat mereka yang berjuang* :D

"Kisah Sehelai Tudung.."


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Buat saudari dan saudara yang saya hormati sekalian,
"Kisah Sehelai Tudung" bukanlah kisah sehelai tudung yang boleh berkata-kata ataupun riwayat hidup sehelai tudung. 

Post "Kisah Sehelai Tudung" adalah post mengenai kesedaran seorang hamba dalam merubah dirinya kepada seorang muslimah yang sejati. Kisah yang bukan satu rekaan tapi kisah yang benar-benar berlaku. (Bunyi macam serius bukan? rilek arr) 

Apa yang kita rasa saat kita melihat sekumpulan wanita yang bertudung labuh dan berpurdah? Rasa janggal? Rasa malu? atau takda rasa apa-apa? Arya bukanlah seseorang yang bertudung labuh seperti wanita muslimah yang sejati. Bertudung menutupi dada dan cukup panjang untuk menutupi sebahagian badan. Labuh tidaklah selabuh hingga ke siku atau melepasinya. 

Setiap sabtu dan Ahad, Arya sekeluarga akan keluar berjalan-jalan dengan keluarga. Bila tiba di pusat membeli-belah, mata mulalah melilau kiri kanan. Tiba-tiba.. mata ni terhenti pada sekumpulan wanita yang bertudung labuh dan berpurdah. Hati tiba-tiba terasa tak selesa, rasa janggal dan malu pada diri sendiri. Tiba kat rumah, hasrat untuk bertudung labuh Arya nyatakan pada ibu. Ibu terkejut tapi bukanlah melarang.

Kata ibu "berubah biarlah sedikit demi sedikit supaya bila pergi sambung belajar kat negera orang kita takkan mengalami kejutan budaya. Ibu taknak kalau Arya pakai tudung labuh sekarang, nanti kat negara orang jumpa dengan bermacam jenis orang.. Arya akan jadi 'lain'"

************************************

Berubah biarlah sedikit demi sedikit. Tiada paksaan atau tekanan dalam berubah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap isi hati hambanya. Tanpa perlu kita meluahkannya. Kalau kita tidak mampu untuk bertudung labuh atau berpurdah.. sekurang-kurangnya kita berusaha untuk menutupi aurat kita dengan sebaik mungkin. Arya bukan seorang ustazah mahupun seorang muslimah sejati.. Arya insan biasa yang masih mencari cahaya kehidupan sebenar.



"Menasihati bukanlah kerana kesempurnaan diri,
Berkata-kata bukanlah kerana membanggakan diri,
Semuanya adalah peringatan diri yang masih mencari keredhaan dalam hidup"


# Jangan lupa berdoa buat saudara kita yang sedang berjuang di 'sana' #





Sabtu, 29 November 2014

Kehidupan Seorang Hamba Allah

Assalamualaikum pembuka bicara,

Buat saudara dan saudari yang Arya hormati. Semoga Allah merahmati kita semua.

Hidup di dunia ini ibarat perantau. Tiada kehidupan yang mudah dan kosong tanpa sebarang dugaan. Sesungguhnya Allah itu adil. Kasihnya begitu besar dan agung. Andai diuji janganlah kita mengalah dan mengeluh. Adilnya Allah itu kerana dugaan yang diberi mengikuti kemampuan diri kita. Saat kita diuji.. carilah Allah sebagai peneman. 

Hidupan tanpa dugaan umpama berlayar di laut yang tanpa ombak. Dugaan itu ujian yang terindah. Arya juga manusia biasa. Bukanlah Arya mengatakan dugaan itu terlalu indah dan terlalu mudah bagi Arya. Arya percaya~ segala dugaan Allah ada hikmah di sebaliknya. 

Hiduplah sebagai manusia yang menerima segala ketentuan Illahi. Kadang-kadang kita tersasar daripada perkataan "menerima ketentuan Illahi" akibat terlalu kecewa dan sedih. Tapi ingatlah walau sesakit mana dugaan itu, walau seperit mana yang kita alami.. Allah sentiasa ada untuk kita.



Hidup ini kita diberi pilihan untuk memilih dan dipilih. Jika kita memilih untuk dipilih maka buatlah yang terbaik dan menerima segala pilihan. Sekiranya kita memilih, maka buatlah pilihan yang terbaik. Pilihan yang mendapat keredhaan Allah dan ibu bapa kita.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

maaf~ bukan saya nak berceramah atau mencarut pada malam ni. Post ini sekadar untuk mengisi masa lapang saya yang sememangnya lapang sangat-sangat. Post ni ditulis berdasarkan pengalaman hidup saya. Arya jugak nak kongsikan betapa Allah itu sentiasa ada. Tak pernah lupa tak pernah hilang walau sesaat. 



*Tadahkan tangan anda, dan berdoalah buat saudara kita di 'sana'. Doakan perjuangan mereka dalam menegakkan agama Allah.

"Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh"